Monday, 13 November 2017

Muar First Trip


MUAR DI HATIKU


hai guys. so, muar lah tempat yang aku nak cerita tu πŸ˜‚
korang jangan nak expect yang bukan-bukan ye 😜
 ini je aku mampu pergi jauh setakat duduk setahun dekat Johor ni 😁 
korang jangan ketawakan aku okey. nak wat guane, ambe tak mampu nak gi jauh macam Melaka
( melaka dah pergi cuma kem sungai udang aritu lah), nogori dan yang lain. tunggu bajet besar masuk luh. tunggu kita kerja nanti lah senang, baru kita travel seluruh Malaysia ye. ni time belajar ni, duit nak makan pun tak cukup, ada hati nak travel. mende kau.πŸ˜’




malas nak membebel lagi πŸ˜‚
 jom kita start cerita pasal Muar. Orang sana calling MUO not MUAR ye. 
aku ni malas nak cerita pasal sejarah Muar ni dekat sini sebab aku bukan jenis minat sejarah pun. 
aku akan baca sejarah bila aku minat je πŸ˜‚ semenjak aku student mekanikal ni, aku memang pemalas nak membaca apa-apa kaitan pasal sejarah ni. yang aku tahu nak ingat formula-formula nak mengira dah lah. yang aku tahu perkataan "Muar" dipercayai berasal daripada perkataan "muara". dah cukup aku tahu setakat tu. kalau nak tahu pasal sejarah Muar, anda boleh mencari maklumat dengan lebih lanjut di internet. Allright!😁




for the first time in forever. 
aku gi pergi Muar sebab aku follow kawan aku , Si Iqa balik kampung halaman dia sempena cuti Awal Muharram. katanya rindu everything dekat rumah dia tuπŸ˜‚ yelah kot. So, kitaorang balik naik bas dekat Larkin nak ke Muar setelah naik grab dari PG (Pasir Gudang) ke Larkin.
so, adalah feeling balik Muar even 3 jam kot dengan menaiki bas Mayang Sari. hehehehehe. 
fefeeling balik kampung orang wey. hahahahha.
so, first place aku sampai dekat Muar ialah  TARAAAAAA.




sampai dekat Sungai Terap je πŸ˜‚ jangan excited sangat boleh?




so, lepas sampai dekat sini, kitaorang diambik oleh bapanya Si Iqa dan balik ke rumahnya. 
so, aku tumpang dan duduk rumah Si Iqa sepanjang berada di Muar. Terima kasih kepada Atiqah and her family kerana memberi layanan terbaik sepanjang aku berada di Muar even aku ni entah apa-apa wey. Mintak ampun jika saya ada terbuat silap dah salah😭 malu lah konon. Coiiiiiiiiii. Nak muntah pulak😝 padahal dekat rumah sewa, perangai macam haram je. 
sabar jelah πŸ˜”  
so, aku tulis santai-santai jelah sebab aku ni bukan budak sastera yang nak kena buat macam karangan Bahasa Melayu wey. sorry lah kalau tertypo ke apa. ayat tunggang terbalik ke. 
kalau faham, tu kiranya Alhamdulilah. kalau tak faham, faham-faham sendiri lah.




hari kedua.
aku pergi tempat tempat bernama TANJUNG KETAPANG untuk berjogging dan ambik angin segar di pagi yang indah sangat-sangat. tempat dia boleh tahan cantik  dan boleh dikatakan tempat favourite aku disebabkan banyak tumbuhan hijau yang boleh mengindahkan pandangan mata kau yang asyik melayan phone je. so, dekat Tanjung Ketapang tu, ada monkey park ,so boleh tengok monyet menari dan melepak di atas pokok ye. Time aku pergi ari tu, tak ada pun monkey tu. 




bila orang ramai berkampung dekat Tanjung Ketapang,
 maka anda terpaksa meletakkan kenderaan anda jauh dari tempat yang ditujui πŸ˜‚




abaikan tudung yang suka spoil gambar aku tu. so, pagi-pagi time kau jogging tu, kau boleh tengok 
ombak memukul tembok dengan ganasnya dan kau boleh tengok lautan yang luas. indah gitu. 
boleh duk-duk lek sambil melihat ombak menari-nari 😍 boleh jugak memancing jugak dekat sini. 
sorry beb tak ada gambar teluk ketapang yang lagi gempak wey. time ni tak fikir nak berblog lagi.😭




ni monkey park. tapi tak ada monkey pun πŸ˜‚
tapi kau pergi ambik gambar dekat sini pulak. πŸ™ˆπŸ™ŠπŸ™‰




still dekat monkey park lagi. 
dekat sini kau boleh tengok monkey dan hutan lah kot bagi aku lah 
dengan berjalan di laluan yang disediakan di monkey park. 




so, ni pulak kawasan jogging Tanjung Ketapang. 
dekat sini kau boleh join zumba or aktiviti yang ada dekat sini selain kau jogging je.
jangan risau, dekat sini ada wifi. Johor Wifi untuk semua. 




so, lepas pi Tanjung Ketapang, aku gi Tanjung Emas pulak.
so, inilah tempat tidak kurang menariknya. tapi lagi menarik lah bagi aku. 
malas nak cerita panjang lebar wey. 




sempatlah ambik gambar dekat sini wey.
 boleh tahan cantik jugak tempat ni dengan environment yang boleh tahan bersih dan cantik jugak.
banyak tempat yang boleh korang lepak sambil-sambil tu boleh tengok laut dan infrastruktur 
yang terdapat dekat Bandar Maharani ni. 




kereta api menuju ke hati awak πŸ˜‚




peace yo ✌




sebenarnya Tanjung Emas lagi meriah pada waktu malamnya.
macam-macam aktiviti kalau waktu malamnya contoh korang boleh main bubble, 
main kereta kawal bagi budak-budak kecik , boleh sewa basikal yang sampai empat orang boleh naik tu dan boleh round sekitar Tanjung Emas. boleh sewa dan  main roller blade.Macam-macam ada. 




Tanjung Emas pada waktu malamnya.




satu gambar dengan Iqa.
ramai nau yang menyibuk πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
tu yang aku cakap, malam dekat Tanjung Emas sangat meriah.




so, dekat Muar ni boleh dikatakan syurga makanan.
sebab apa. korang boleh cuba makanan yang sedap-sedap antaranya soto, laksa Johor, mee bandung,sate, dan banyak lagi wey. boleh datang dan cuba sendiri.
"ni kes pemalas nak reka ayat lagi sebab dah petang ni"πŸ˜‚




sate dekat Satay Warisan. Makanan dekat sini sedap. 
aku ada makan soto dekat sini. tapi lupa nak ambik gambar sebab kebuluran sangat time tu. πŸ˜‚
mampu mengambil gambar sate sahaja. sorry lah wey.




okey setakat itu sahaja aku mampu cerita pasal aku gi jalan-jalan dekat Muar. 
aku ni kalau menulis time petang macam haram sikit sebab malas nak fikir πŸ˜‚
sebenarnya banyak tempat lagi yang aku pergi dekat Muar, disebabkan aku dah malas nak taip dan malas nak menaip lagi. so, setakat ni je aku share pasal trip aku ni. 
sorry jika terdapat typo dan kesalahan tatabahasa yang sukar difahami disebabkan kesilapan 
teknikal yang tak dapat dielakkan😌 
so, bagi aku lah, 
Muar ni antara tempat yang best untuk dilawati dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Johor.
kalau boleh aku nak pergi lagi sebab Muar antara tempat boleh dikatakan tenang gitu.
 so, korang kena cuba sendiri sebab Muar ni antara tempat best untuk food hunter sebab apa? 
Muar ni syurga makanan dan banyak tempat best yang boleh jalan-jalan. 
ribuan terima kasih kepada housemate kita, Atiqah Hamizah  kerana sanggup membawa kita ke merata-rata tempat di Muar, tolong  ambik gambar kita, belanja makan dan 
tolong masakkan masakan yang best. mention sikit member kita ni. hehehehehe.
sekian sahaja untuk update kali ini.πŸ˜‚
terima kasih kerana sudi membaca cerita kita yang tak menarik pun.πŸ˜‚







πŸ’™πŸ’›πŸ’œπŸ’š



















No comments:

Post a Comment

Renovate My Room

BILA BILIK AKU DAH MACAM STOR PULAK Assalamualaikum Dan Salam Tahun Twenty-Twentyone Guysss Twenty Twentyone amat iye ko ni πŸ˜’ so dari harit...