Thursday, 29 November 2018

Ending Of Poly Life


Assalamulaikum semua!!!
lama sangat dah tak bukak blog ni wey 😙
last aku post dekat sini masa bulan lapan haritu masa gi Balau
so guys, sekarang ni aku dah habis semester 5 😊
pulun habis wey sem akhir duduk poli untuk final exam, fyp dan so on
so now, yeahhhhh well done sebab berakhir jugak penat lelah semester 5
sekarang cuma doa lulus sem ni dan urusan latihan industri berjalan lancar
aku harap sangat aku habis diploma tepat pada waktunya
yelah, banyak sangat kot penat lelah struggle untuk diploma sampaikan
aku sempat membebel panjang lebar dekat sini 😑😑😑
membebel sebab manusia lah sebab penat lah sebab tak cukup tidow lah
macam-macam lah aku membebel dekat sini sebab sakit hati punya pasal 😁
tapi biasa adat lah  kita nak menuntut ilmu kan
bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian 😊
siapa yang berusaha dia yang akan berjaya kan 😄
biarlah penat lelah itu menjadi bukti untuk kita terus berusaha untuk berjaya
so, aku sebenarnya malas nak membebel
pasal falsafah dan prinsip orang nak berjaya dekat sini 😐
masing-masing dah besau panjang dah boleh fikir cenggane kan 😩
so, lepas ni aku tak ada lah nak membebel lagi hidup diploma aku lagi dekat sini
ALHAMDULILAHHHHHHHH 😄
mai lah straight to the point je pasal post kali ni
sebenarnya aku nak cerita macam mana starting dan ending dekat PIS
tapi cerita aku tak follow sangat macam jalan cerita karangan bm
aku citer random random je pasal post ni
kalau ada citer best yang aku nak citer, aku citer lah dekat sini
kalau tak ada tu, maka tak tulis dekat sini lah ye 😄
so, we can start now about the first story 😖



aku start belajar dekat Politeknik Ibrahim Sultan atau dikenali sebaagai PIS
dalam bulan Jun 2016 😊
so, sebenarnya itulah first time lah aku menjejaki tanah Johor Darul Takzim
aku masih ingat lagi tempat pertama yang aku jejak dekat Johor
Stesen Bas Larkin je lah guys bukan mana-mana pun 😢
so, sedara-sedara lah banyak tolong aku
dari awal aku sampai Johor sampailah aku daftar masuk PIS 😌
terima kasih sangat-sangat even bukan sedara bukan dari sepupu sepapak
aku tetap anggap macam sedara-sedara aku jugak
sebab selalu lah tolong time family kitaorang senang dan susah 😢
hanya Allah mampu membalas jasa korang yang sangat besau bagi aku 😢
aku sebenarnya malas nak cerita pasal permulaan cerita aku masuk PIS dekat sini
nanti ada banjir pecah pulak empangan air mata aku ni siutt 😩
starting aku duduk Johor ni adalah citer yang sangat tak best bagi aku 😪
dahlah start belajar terus duduk jauh dengan family pastu menyusahkan orang pulak tu 😭
aku sedih aku sedihhhh sedihhh wey ingat balik 😭
so, cerita ni biarlah jadi pengalaman aku untuk jadi lagi independent lepas ni 😟
dah lah tak yah cerita lagi citer yang tak best ni 😢
seterusnyaaaaa .......😄



"POLITEKNIK PREMIER IBRAHIM SULTAN"


Politeknik Premier Ibrahim Sultan
cerita pasal PIS pulak 😂😂😂
mula-mula aku expect yang PIS ni macam IPTA yang lain
macam uitm ke usm ke ala-ala macam gitu lah dalam otak aku ni ha
sebenarnya semua tidakkkk AHAHAHAHAHAHA 😂
KAU NAK EXPECT APA SIUT??!!! 😑😑😑
aku bagi cerita lagi ringkas lah sebabnya tak menarik pun actually
PIS tak besar sangat pun sebenarnya nak dibandingkan dengan politeknik lain
PIS ada jabatan-jabatan dia seperti :
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Hospitaliti,
dan ada lagi jabatan-jabatan yang lain tapi malas aku nyatakan dekat sini 😊
kata nak ringkaskan cerita PIS ni, so aku malas nak cerita banyak-banyak 😉
masa aku masuk PIS tu, batch aku adalah  first batch yang duduk Hi10
Hi10 tu asrama hipster yg mempunyai citarasa yg tinggi setanding dengan bayaran 😙
patutlahhh mahal yuran asramanye rupanyaaa...... asrama baru ler 😂
sebenarnya ada lagi asrama lain dekat PIS macam INFOTECH DAN HITECH
tapi sekarang dua-dua dah jadi asrama budak laki sekarang
dan asrama untuk budak perempuan adalah Hi10 sahaja sekarang 😀
disebabkan aku malas nak cerita lagi pasal PIS
maka tamat di sini aje ye cerita pasal PIS 😂




asrama hipster yang mempunyai citarasa tinggi dinamakan Hi10 😂


ni pulak Infotech  😁



sunrise time morning walk around PIS 😍



sunset time duk Hi10 dulu-dulu 😍



"DMB1B - DMB5B"


chapter stories yang seterusnya pula
DMB-B adalah kelas aku since semester 1 sampai semester 5
DMB is stand for Diploma Mekanikal Bahan
DMB ni ada dua kelas iaitu kelas A dan B dan aku budak DMB-B
so permulaan aku start kewujudan aku dalam dmb1b ni actually tak berapa best sangat 😢
aku dulu suka gerak solo wey dulu-dulu sebab aku susah nak get along dengan budak kelas 😌
masa sem 1, roommate adalah everything bagi aku sebab
roommate aku je boleh get along dengan aku sampai sekarang 😏
lagi jahanam, macam mana aku boleh terdetik dalam otak aku nak buat benda bodoh
sampai aku boleh gaduh gak lah dengan budak kelas masa semester Satu 😖
ceritanya bermulanya aku buat video orang lambat time kelas workshop technology
dan…. tu jelahh aku boleh cakap dekat sini sbb malas nak panjang isu yang dah lepas
kepada budak kelas yang terlibat tu, malas nak sebut nama lah tapi termasuklah
member rapat aku sekarang iaitu Karen dan Ayu yang paling aku ingat lah sampai sekarang
aku mintak maaf sangat-sangat sebab buat korang macam apa yang berlaku tu 😖
bila fikir balik, I should not do this to you guys,tu orang cakap
terlajak perahu boleh diundur, tapi dah terlajak perbuatan cenggane nak undur wey 😌
pesanan kepada diri sendiri, fikir dulu sebelum bertindak sesuatu 😞
nak bergurau pun beragak lah dan berpada-pada tau lepas ni,
for me, konon anggap modal nak gurau lah konon, kan dah dapat satu masalah
padan muke kauuuu, sape suruh gatai sangattt buat cenggitu 😠
actually aku cari time yang sesuai nak buka balik kisah ni dan mintak maaf balik dekat dorang
tapi aku rasa semua masa je tak sesuai 😞
so, di dalam kalam ini dan kesempatan waktu yang ada ini,
saya mintak maaf atas kesalahanan dan kekhilafan saya masa semester 1
kepada rakan-rakan saya yang terlibat dalam kejadian yang tak ingat aku bila tarikhnya 😢



selesai sudah kisah-kisah tak best masa semester 1 😙
so, akhir semester 1 aku boleh lah slow-slow get along dgn budak kelas
faktor nya bukan sebab ramai budak lelaki ke hape mende jadah apa ke
aku tak tahu lah kenape wey 😞
dulu zaman sekolah dulu, aku suka lah berkawan dengan sape-sape je wey
dari budak kelas depan hingga kelas belakang, aku tibai je layan je sapa-sapa
tak lepak dengan member ini, lepak dengan member yang itu
 tak ada lah aku nak racist sangat tapi tu lah 😒
cuma dalam kelas jelah racist sikit lah bila time nak tempat duduk dengan siapa
so duduk dgn member rapat  lah tapi time study memang aku study dgn budak lagi bijak dari aku
member lepak lepas sekolah pun member lain pulak lagi-lagi time form 1 hingga 3 😃
but bila masuk poli aku totally out bila nak bergaul dengan orang lain 😐
sumpah tak boleh go doh, aku pun tak tahu lah kenape wey 😔
disebabkan itu pelajaran aku sama terjejas sedikit demi sedikit wey sbb semuanya kerja grouping
tak pelah aku terima je wey bila keadaan dah jadi macam tu wey 😖
awal-awal sumpah tak leh nak adapt wey, tapi lama-lama dah terbiasa pulak
sampaikan nak pergi jalan-jalan naik bas pun suka nak pergi sorang-sorang
sampaikan roommate yang lain risau takut hilang kan kene culik
tapi lama-lama roommates pun faham kenapa aku jadi macam tu sampai sekarang 😁
tapi bila makin naik sem dan makin kenal perangai masing-masing,
dak-dak DMB-B ni not bad lah dan semuanya bagus-bagus belake lah
ramai sangat penyeri dalam kelas DMB-B ni sebenarnya 😄
terima kasih untuk semua kenangan sepanjang lima semester ni 😘
korang-korang ni aku akan selalu ingat sampai bila-bila wey sebabnya
banyak benda yang aku belajar melalui kenangan bersama-sama korang semua ni 😖




DMB-1B



DMB-2B



CTRM MELAKA TRIP



MEDEX SESI JUN2018



picnic at Tanjung Balau



MAJLIS PRA GRADUASI



DMB LAST PAPER



DMB-5B GIRLS



ME + BORNEO GIRLS



terima kasih jugak kepada yang pernah berkerjasama dengan aku sepanjang lima semester
grouping dalam assignment, lab, workshop, presentation dan final year project 😄
terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar dan kerjasama dekat aku
dalam banyak grouping yang pernah aku join sepanjang lima sem ni 😊
aku paling suka group lab dengan Wak Lihin ataupun dengan Nik 😃
Wak ni kuat mengarah dan kadang-kadang tak gentle langsung wey dengan aku
dah tu nak siapkan task cepat-cepat pulak tu dan aku ni suka buat kerja last minit
pastu tiba-tiba dapat whatsapp  nak task tu harini jugak 😑
berkicap doh aku buat punya tak nak kasi Wak tahu yang aku baru buat punya pasal
disebabkan itu sepanjang dua sem akhir ni aku ambik iktibar 😄
dengan membuat kerja lab sheet cepat-cepat sebelum Wak Lihin mintak lah
sukanya grouping dengan Wak Lihin sebabnya Wak Lihin selalu buat kerja perfect
jarang lah tak perfect wey kalau dia buat wey 😉
dia antara budak yang bijak wey dalam kelas dan jabatan mekanikal wey
bangga gak siot pernah grouping dgn dia even dia tak gentle 😁
sorry ye Wak Lihin sebab aku komen kau dekat sini
actually aku bangga dan bersyukur gak lah dapat grouping dengan kau wey
bukan selalu dapat grouping dengan orang hebat macam kau wey 😀



lain pulak dengan Nik ni
Nik ni yang aku suka grouping dengan dia 😄
sebab dia dan Wak Lihin ni banyak gak tolong aku sepanjang sem1 hingga sem 5
lagi-lagi time bengkel wey sebab aku bapak lemau nak mampussss time bengkel wey
dan dia antara yg tak penting diri sendiri wey dan tolong time aku susah time bengkel
kau antara aku akan ingat sampai bila-bila wey even kau super annoyed namatey 😑
 lagi satu dia sumpah tak kedekut langsung kalau bab belajar wey
dia sama macam Una, Ain, Karen dan budak perempuan kelas yang lain 😄
kalau kau mintak dorang ajarkan ke nak tiru ke hape mende ke
memang bagi ler dan jarang-jarang lah nak kedekut ni
dalam erti kata lain bukan Nik jelah
semua budak perempuan, Nik dan Moos sekali lah 😎
semuanya sangat baik hati dan tak kedekut dalam berkongsi ilmu sepanjang lima sem
senang citer semua budak kelas lah, mereka semua memang tak kedekut
aku mintak maaf jugak sepanjang aku grouping dengan korang 😖
sepanjang berkerjasama dan berkongsi ilmu dengan korang-korang semua ni
sepanjang kita sama-sama mengejar cita-cita dan kejayaan di politeknik ini
 aku ada terlebih atau terkurang memberi apa yang tak penting ke 😌
mungkin tak tahan dan sakit hati dengan perangai aku ke 😞
terkasar bahasa ke termarah ke terkutuk ke apa-apa lagi menyakitkan hati ke
mungkin ada kesilapan yang aku tak nampak tapi korang nampak ke hape ke
aku mintak maaf sangat sangat sangat 😩
dan terima kasih untuk kenangan terindah sepanjang dua tahun setengah ini
sem depan dah tak ada dah “jumpa sem depan wey” 😖
itu semua cuma memori untuk kita diiingati di kala suka dan duka 😭



“RELASIS PIS”


stories baru yang seterusnya pula,
aku sebenarnya tak terlintas pun nak masuk kelab ke uniform ke hape ke
tup tup tup masa semester 1 time ceramah kokurikulum lah bende ni terjadi 😬
sejujurnya aku masuk relasis sebab ikut roommate aku wey time tu
dah semua roommate aku relasis dan aku join lah sekali 😊
sebab lain pulak masuk relasis nak dapat elaun lebih
awal-awal tak tahan jugak sebab banyak faktor rasa nak keluar relasis ni
Alhamdulillah lah aku boleh stay jugak sepanjang lima semester ni 😫
dengan on off gi koko hari rabu petang 😬
tak ada kerje aku nak datang koko selalu dengan banyak kerje lain lagi nak kene buat
maaflah saya bukan kaki kipas orang 😑
sepanjang lima semester join relasis ni
Alhamdulillah banyak mende yang aku belajar dari relasis 😮
belajar kawad, boleh lah kawad daripada tak pandai langsung 😬
dapat lah makan-makan free time ada majlis makan-makan dan event 😋
yg best sekali lah bila join relasis ni dapat jugak gi jalan-jalan bila time kem dekat tempat-tempat
yang tak pernah pergi selama hidup 20 tahun ni 😝



hari tauliah relasis



kursus asas rela



team kursus CMT



dak-dak DMB-5B

roommates Hi10



kenangan paling takkan lupa lah dalam relasis adalah pertandingan masak-masak
group dgn budak junior semester 3 dan group kitaorang menang wey
even decoration makanan kitorang macam harem 😵
nama pun group kitorang tu haru-biru kan 😂
 kedua pula masa kem CMT mostly group kitorang dgn dak-dak JKM dan JKE
masing-masing ada kerenah dan kepala masuk air dan giler-giler 😊
apa yg paling nak diingati dan dibanggakan mostly pertandingan yang ada tu
group kitorang dapat tempat dalam semua pertandingan tersebut 😍
even kitorang tak adalah nak lawan sgt dgn yg lain sebab nak chill chill lek lek je kan
Alhamdulillah dan bersyukur jugak selain dapat merapatkan hubungan silaturahim kita semua
 dalam relasis ni, banyak  jugak sebenarnya suka duka untuk dijadikan kenangan 😍
 yang tak boleh dilupakan dan dijadikan pengajaran oleh aku 😁




“JALAN NURI 2”


bermulanya kisah rumah di Jalan Nuri 2 ini apabila 😫
ada krisis tentang permohonan penempatan asrama hi10 ketika itu
maka masing-masing mula lah memikirkan haluan dan hala tuju untuk survive semester seterusnya
dan maka bermula lah kisah membawa haluan masing-masing untuk kebaikan semua
kisah bermula 12 orang ahli rumah sewa ini terdiri daripada tiga bilik berbeza di Hi10   
jabatan yang sama tetapi belajar kos yang berlainan 😃
memulakan kehidupan suka duka di rumah sewa tersebut sepanjang 3 semester 😊
setelah keluar dari bangunan tinggi hipster yang dipanggil “Hi10” itu 😟
antara muka-muka yang tumpang berteduh di rumah Jalan Nuri yang tercinta 😂



Ika, Me, Una



Eifa, Me, Mira, Ika



Iqa, Nad, Aina, Ya, Me 



Iqa, Eifa, Atin, Me, Ika



Jiha, Ya, Eifa, Tiqa, Iqa, Me



“ROOMMATE Hi10”


alkisah bermula di Hi10 ini
apabila aku masuk bilik yang kunci bertag Hi10-1-1A-4
first muka yang aku jumpa dulu dalam bilik itu adalah ex roommate aku sem 5
yang lain-lain tu aku tak sempat jenguk sbb busy time tu 😎
tapi nyempat ler berlakon “Ayu Lemah Lembut” depan mak si Eifa dan Iqa time tu
masalah lakonan aku tu menjadi siut huhuhuhuhuhuhuhu 😂
happy nau RM aku tu dapat masuk poli sampai suka hati dia pilih katil kat dalam bilik time tu
happy sekejap je apabila babak babak best tapi tak berapa nak best gak time tu
tapi teringat lagi first time kita bersua muka 😂
masing-masing malu-malu kucing  dan senyap je semua iye 😀
tapi kenal dua minggu masing-masing perangai macam harem habis
yang aku tak faham tiba-tiba nama aku boleh tukar nama “Ayu” bila dekat Hi10
dorang boleh whatsapp classmate aku nak tanya pasal wayang dgn nama “Ayu” dorang tu
dahlah dalam kelas aku ada nama Ayu juga 😑
boleh confuse classmate aku tu wey disebabkan Ayu Jadian itu
paling tak boleh lupa sampai bila-bila tu 😹
boleh lepak sampai 2 pagi dengan kadang-kadang pintu bilik tak tutup time tu
mula-mula sorang dua duduk bersembang dekat ruang antara bilik belakang
pastu tambah sorang join sekaki menyembang lagi dekat situ 😪
tuptuptup semua join sekali melepak bersembang sampai tak sedar dah pukul 2 pagi
dah paling giler boleh karok macam orang tak sedar diri macam aras tu kami yang punya
paling tak leh blah ketawa kuat-kuat sampai satu tahap warden tegur time rocall sbb terima aduan



masa semester 2 pula apabila café Hi10 secara rasminya dibuka
suka lah turun time lepas solat maghrib dan makan sesama sambil lepak tengok tv
time tu lah macam-macam cerita nak dikabonya lah sambil tunggu makanan siap
time tu juga cuci mata tengok crush-crush wey hahahahahahaha 😄
pastu macam-macam gossip lah keluar dari mulut time tu
time ada rezeki lebih sikit ada buat birthday celebration budak bilik
time tu macam-macam akal yang timbul dalam kepala dorang ni 😂
mintak sabun lah mintak baldi lah laptop rosak lah mende hape lah macam-macam
paling suka kadang-kadang malas jugak lah kalau tiba-tiba rasa malas
pergi jogging dan berbasikal dua tiga keliling politeknik time petang-petang
kalau dah mood malas nak mampus tidow je dekat bilik wey sbb memang dah malas
paling rindu adalah time study week lah 😭
time tu konon aku nak gi study dengan Iqa KONONNYEEEE
padahal tidow terbongkang atas katil Iqa sebab mengantuk sangat doh
dan biarkan member tu study sesorang pulak tu
paling tak leh blah member hilang tempat tidow sekali sebab aku dah rembat
masing-masing ada kerenah dan perangai yang tersendiri 😬
kalau nak diceritakan semua maka panjang lebar lah blog aku ni
maka kenangan-kenangn yang tak cerita kat sini tu boleh lah ingat-ingat sendiri lah ye 😼



hakak-hakak rela menjaga hati kamu 😂



time celebrate birthday aku dan iqa dekat hi10 masa sem 2 😙



tengah buat apa tu ~~~
mintak duit raya ke?



kenangan yang paling aku ingat sepanjang time duduk Hi10
nak cakap takut pun ada nak cakap lawak pun ada jugak wey 😂
time tu aku balik pasir gudang dalam 5 pagi time tu
nak dapat teksi pun payah time tu tapi boleh naik lah teksi jugak time
nak tunggu bas lambat lagi kene tunggu pukul 7 baru boleh naik wey 😥
sampai dekat gate b dan gate itu kunci lah pulak wey dan tak ada guard time tu 😪
aku pun ambik langkah berjaga-jaga sebab takut jugak tiba-tiba ada orang jahat kan
maka aku dengar cakap pak cik teksi tu tadi sebelum keluar dari teksi tu
maka aku campak bagasi aku tu kasi lepas pagar depan pondok guard tu 😂
dah aku ape lagi lompat lah pagar tu wey macam time zaman sekolah dulu 😝
kalau lubang grill depan tangga blok b time sekolah rendah yang tinggi tu boleh lompat turun 😇
takkan pagar rendah nak mati tu pun tak nak panjat wey 😏
aku lagi takut kena samun dari kena marah dengan guard sebab lompat pagar
pastu dengan selamba aku jalan lengang-lenggang kangkung menuju ke Hi10 wey
sambil heret bagasi yang I campak tadi tu
pastu terserempaklah dengan pak guard yang tengah round time tu 😪
memang kena marah wey sebab panjat pagar wey dan tak reti nak tunggu dulu
alahaiiii poyo lah semua itu dan lantak lah wey asalkan aku dah lepas gate belakang
nak selamatkan diri pandai-pandai lah sendiri fikir weyyyyy 😫
so sesiapa yang duduk Hi10 tu jangan lah balik awal pagi macam aku
even bas dari Ganu dan Kelate tu memang sampai awal pagi cenggitu 😣



kisah yang kedua pulak sama jugak tapi more to kisah aku menipu orang
cuma bezanya ni berlaku malam hari
time tu aku baru balik dari Terengganu jugak dan sampai dekat poli 😌
aku tak ada makanan ruji  dan jajan aku sbb lupa nak beli wey dekat pusat bandar
time tu café dalam poli boleh tutup pulak time tu 😒
aku pun dengan selamba dengan guard tu nak keluar jap
guard tu be like “serius ler nak keluar sorang” dan pesan lah balik before 11 pm
time tu guard tak mintak pun surat pelepasan ke hape sbb ada kelonggaran
ramai budak laki gi tengok bola dekat luar dan makan kat luar sbb café kat luar
aku pun berani nak keluar sorang sebab ramai budak poli yang keluar nak gi makan time tu 😅
time tu ramai pulak yang call dekat mana? Sampai asrama tak lagi?
kku ni kuat menipu cakap lah “aku dah jalan ni masuk poli ni arh”
“dah masuk bilik dah ni” “dah sampai dah dekat gate asrama ni ha” macam-macam
Bukan orang tahu pun aku dekat mana sekarang wey boleh nak tipu sunat
padahal aku duduk syok jalan-jalan nak gi kedai runcit belakang demi makanan punya pasal 😂
tapi bila nak balik poli semula aku sorang weyyyy soranggg
mahu aku tak berlari laju-laju sampai pintu gate belakang sebab takut 😪
tu lah tadi tak fikir sekarang baru fikir pulak pasal bahaye apelahhhh
bila dah selamat sampai bilik pulak, budak bilik tanya asal sampai lambat sangat wey
dengan selamba jawab actually aku gi kedai runcit belakang nak beli maggi wey
ha kau kena marah japgi dengan roommate kau wey 😬
bukan setakat menipu roommates kau je, menipu mak dan kakak kau sekali wey 😑
tapi apa yang aku takut tapi buat-buat berani ni lah memberi keyakinan dekat aku
ada good and bad side dia yang boleh diambik pengajaran untuk aku sebenarnya 😔



“ROOMMATE VS HOUSEMATE”


alkisah ini adalah dulu roommate kat Hi10 sekarang housemate kat Jalan Nuri 2
salah seorang adalah roommate aku yang tak jadi time sem 1 😅
salah seorang lagi adalah roommate yang malu-malu kucing gatai 😂
tapi tibe-tibe sem 3 jadi roommate dan housemate aku lagi kau tahu 😙
memang dari sem 1 hingga 5 aku tak pandang muka lain lah kiranya wey
aku dulu suka buat muke takmalu ikut dorang balik kampong halaman wey 😆
bukan selalu dapat pergi jalan-jalan negeri orang wey, ada peluang ni boleh ler join
dorang ni antara tempat aku citer gossip, kisah sedih, kisah happy dan banyak lagi 😁
kalau hari tak baik, boleh jadi member perang dingin dan member hendap 😚
hari baik sikit boleh jadi member food hunting 😍
hari baik sangat-sangat boleh jadi member round satu JB 😂   
antaranya….



First sis eifa zukarmi
roommate gue yang tak jadi time sem 1 tapi jadi time 3 😊
aku bukan nak cakap lah
antara roommate yang kuat berangan dan terlalu banyak sangat citer-citer wey
nasib baik aku ni melayan je angan-angan dia tu wey 😂
kalau dia dah start story-telling time tengah malam buta 
pasal ex dia ke pasal budak kelas ke pasal crush ke family ke hape ke 
bila dia dah start berangan nak buat business dia travel ler
time business maju keras nanti nak hire pa lah hape mende lagi
nak kahwin nak beli rumah lah nak beli kereta idaman lah apa-apa lagi
jangan suka hati nak potong er baik dengar je apa yang dia citer tu 😒
bila dia cerita pasal orang orang yang dia kenal pulak
dari tak kenal orang tu, aku jadi kenal giler orang yang dia citer tu 😂
bila dia citer lagi, aku dah boleh hafal dah citer dia tu dari dulu sampai sekarang
dia ni memang sentiasa ada je cerita yang dia nak citer bila balik dari kampong
dia dengan yg lagi sorang roommate aku tu lebih kurang sama je wey 😂
boleh jadi buddy gossip gak wey dalam masa yang sama buddy stalk orang weyy
memang sehati sejiwa lah wey ngam ngam ngam 😜
satu lagi yang aku geram gak minah ni kadang-kadang kuat gebang orang
wey dia selalu gebang budak bilik dengan budak rumah weyyy 😫
sekali dia gebang wey, semua percaya masalahnya weyy
orang yang dah tahu dia kuat gebang still boleh kena tipu dengan dia weyy
tak faham lah aku dibuatnya 😑
jenis aku pulak sekali dia dah gebang aku, jangan harap aku percaya lagi
dia cakap mende yang serius pun aku boleh cakap dia gebang weyy
sape suruh suka gebang aku sangat, kan dah jadi macam ni 😡
dia jugak antara member perang dingin dan perang hendap aku gak
time angin monsoon timur laut datang sunyi lah time tu
nak dengar suara keluar pun tak kan wey kecuali lipas lalu baru bunyi suara
dia jugak pemurah orangnye
dan kadang-kadang dia baik dengan orang sampai orang boleh pijak dia balik
yang aku tak faham dia still boleh tolong orang yang pijak dia tu
tak faham aku weyyyy baik berpada-pada lah woiii 😒
dia jugak kuat tidow nakmatey weyy
untuk makluman korang katil dia ada badi tidow 😌
sekali tidow memang nyenyak habis sampai tak sedar hari dah petang rupanya
suka memasak tapi tak suka share dapur dengan orang lain 😂
aku selalu kena halau lah kalau tiba time dia masak weyy
dulu tak suka main game sekarang bila dah terjebak dengan game
semua game dia nak rempat weyy
PLATOOO PUBG MOBA ape-apa lagi game dia terjebak 😑
dia seriously kaki ootd wey
kalau boleh nak gi mana-mana mesti ada kena ootd dulu 😙
dan suka buat story kalau gi mana-mana tempat ke pergi jalan-jalan ke
jarang sangat lah kalau gi mana-mana tak buat story or ambik gambar 😂
senang citer dia suka buat story everything yang dia suka sangat-sangat tu wey 😝
itu lah cerita alkisah Naziefah Naelofakkk 😍



second sis iqa hamizah
member rempit keliling pasir gudang
sehingga terjadi episode 15 Oktober 2018
sampai tak berani nak gi keluar jalan-jalan dah lepas itu 😂
member main masak-masak dekat dapur bila duduk rumah sewa 😉
punya nak jimat cermat hari-hari masak walaupun kadang-kadang dah bosan
bila time malas nak mampus baru rajin nak gi makan luar
dia ni suka ler share resepi-resepi mak dia bila masak
tak dinafikan aku rajin masak dan potong bawang semua bila duk rumah sewa je
bila balik kampong aku rajin masak Maggie je 😪
ni dah tak duk umah sewa ni aku duk rajin basuh pinggan kuali semua je
takut kita masak nanti kan tak kene dangan selera orang lain pulak kan 😓
nanti kalau nak kahwin ke nak hidup bujang selamanya ke aku belajar masak balik 😀
dia ni salah buddy gossip dan buddy stalk aku gak ni
bila tiba angin monsoon timur laut dia datang
jangan harap nak tengok muka dia dekat luar rumah
jangan harap nak ajak gossip ke masak ke hape ke jangan harap 😑
seorang bercita-cita tinggi dan terlalu banyak citer-citer wey 😂
dia dan eifa lebih kurang sama lah wey
patutlah dorang berdua dulu berroommate masa semester 1 dulu 😒
sorang yang berciter-citer nak ada degree baru nak kahwin
kalau tak ada degree aku rasa dia tak kahwin kot 😂
HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHU 😂😂😂
dia ni seorang yang takut dan susah nak kenai dengan suasana baru dan orang baru
time aku, eifa dan yda cakap nak duduk rumah sewa 😔
dia dah menangis dah sebab tak nak duduk asrama dengan budak baru
last-last dia follow kitaorang masuk rumah sewa Jalan Nuri sekali
dia jugak seorang yang sangat cerewet
dia juga seorang kadang-kadang terikut cakap org dan sukar menolak permintaan org 😪
contohnya orang mintak tolong tapi dia sebenarnya malas jugak nak layan
tapi last-last dia gi tolong jugak orang tu walaupun dia malas sebenarnya
satu lagi dia ajak aku jogging then dia tanya nak jogging mane
aku pun jawab lah bukit layang-layang dan comfirm esok sampai sana
kalau tak sampai sana tu maknanya aku terlajak tidur bila sedar dah pukul 10
tak pun esok pagi nya hujan maka lepak sofa kat ruang tamu ler jawapnye
dia jugak seorang yang pemurah orangnye
dia ni kalau rajin boleh jadi terlebih rajin, kalau malas tak leh consider 😒
minah ni rajin nak layan aku nak ambik gambar ke bawak gi jalan ke
kadang-kadang rajin nak melayan craving bubur tumis weyy
siapa suruh kenalkan resepi tu dekat aku
kan padan muka kau bila aku selalu mintak-mintak buat bubur tumis tu 😂
tapi dapat bubur tumis dan ayam goreng mcd pun sedap jugak weyy
dan yang terakhir, aku dan dia ni sama-sama peminat tegar Teme Abdullah 😍
minat punya pasal sanggup beli buku-buku Teme wey
kadang-kadang saling tukar pandangan tentang isi buku Teme tu 😁
ini lah alkisah ceritakk Tiqoh Hamizahhh 😘



birthday celebration at rumah sewa nuri 😍



birthday celebration at asrama Hi10 😍



gambar kenangan : kami bertiga ni sempat lah jugak meraikan hari tua selama dua tahun 
cuma beza tahun pertama dekat asrama dan tahun kedua dekat rumah sewa 😂😂😂
dan gambar dekat bawah ni pulak, aku sempatlah keluarkan ilham aku 
yg dah lama tak guna tu untuk surprise minah dua orang ni time birthday dorang 😂
tahun last dah sambut sama-sama ni kena ada kelainan sikit even sama je pun 😪



time birthday si iqa
tahun ni kelam kabut aku buat last last kantoi dulu sebelum fully siap 😭



time birthday si eifa 
time ni seronok nak buat sebab eifa balik rumah dia 😄



last but not least before end this post 😖
thanks for everything 😍
thanks for good and bad memories through thick and thin 😣
thanks for beautiful memories and experience with me 😔
aku mintak maaf jika ada silap salah antara nampak dan tak nampak 😭
sepanjang pertemuan, perkenalan dan perpisahan ini
mintak halal semuanya sepanjang sepanjang perkenalan kita
terima kasih kepada yang sentiasa ada bersama aku ketika susah dan senang
terima kasih kepada yang sentiasa yang banyak tolong aku
terima kasih kepada yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan sokongan
semoga hubungan silaturahim kita berkekalan sampai bila-bila dan tak berakhir di sini je 😭
jika ada umur yang panjang, inshaAllah kita jumpa lagi 😉
tak jumpa di Johor, di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Borneo
tak jumpa di Malaysia, Jumpa di Seberang Laut lah
kalau tak jugak di Seberang Laut, Maka jumpa di Padang Mahsyar lah ye 😊
semoga korang berjaya di dunia dan di akhirat 😍
yang mana nak buat business tu, start-startlah buat business planning 😀
yang mana nak kahwin, jangan lupa hantar kad jemputan 😅
yang mana nak travel lepas ni, start saving money lah ye 😁
yang mana rindu aku tu, keep in touch er 😁
semoga cita-cita yang korang kejar selama ini tercapai 😊
semoga semua jadi anak yang baik dan berjasa kepada ibu bapa
jadi contoh yang terbaik untuk adik beradik dan orang di luar sana 
jaga diri elok-elok tau 😊
focus on the future and don’t looking back anymore 🙌
good luck guys in the future 😊
semoga kita berjumpa lagi di lain hari lain waktu lepas ni 😁
kepada yang aku kenal korang tapi tak rapat sangat ke 😊
yang mana-mana yang kenal dan tegur sapa bila jumpa tepi jalan ke 😅
yang aku kenal korang dekat IG or FB je tapi kat poli tak pun 😁
yang kenal aku as senior sekolah or junior sekolah dulu ke 😊
yang aku kenal korang as crush idola peminat hater ke 😂
yang kenal tak rapat pun tapi banyak tolong aku ke 😊
yang aku tak kenal pun tapi aku pakai tibai sembang je dgn korang ke 😁
yang aku kenal-kenal gitu je tapi tibe jadi member pulak ke 😊
yang aku kenal korang tapi korang tak kenal aku atau kenal aku tapi kenal nama je ke 😙
aku pun nak mintak maaf jugak dari hujung rambut sampai hujung kaki 😊
kadang-kadang aku ni buat silap antara sedar dan tak sedar jugak 😥
SEKIAN SAHAJA POST KALI INI
segala kekurangan di dalam post kali ni harap mohon maaf ye 😔
mintak maaf jika ada tertypo atau kesilapan tatabahasa yang tak dapat dielakkan 😊
setakat ini daripada saya, Ainsyu ❤
sekian terima kasih 😊



big love for you guys who read this post 💓




💙💚💛💜

No comments:

Post a Comment

Renovate My Room

BILA BILIK AKU DAH MACAM STOR PULAK Assalamualaikum Dan Salam Tahun Twenty-Twentyone Guysss Twenty Twentyone amat iye ko ni 😒 so dari harit...