Wednesday, 15 November 2017

Desaru


DESARU BEACH ♥


hai guys.
sebelum aku gi Muar, aku ada pergi satu lagi tempat yang boleh lah wak ilek-ilek otak sebelum masuk time final. actually tak decided pun nak pergi tapi bila orang dah ajak ,aku on jelah disebabkan aku dah lama nak pergi tempat tersebut. 😁 orang mengantuk disorong bantal betul lah. hehehehehehe.😂
so, aku follow lah trip budak perempuan kelas aku yang semangat merancang bagi nak rak dan akhirnya menjadi jugak rancangan mereka itu untuk pergi ke Pantai Desaru untuk bermandi-manda dan bbq.
ON X ON




so, pagi tu kitaorang (lima orang je tak ramai pun okey 😂) gerak lah dengan menaiki kereta viva yang disewa setelah settle semua hal-hal yang berkaitan.
 Ayu yang drive dan lalu lah lebuhraya Senai-Desaru melepasi dua plaza tol ( kalau tak silap aku lah) melayang duit hang dekat tol je 😂 demi menjejakkan kaki di pantai Desaru yang tercinta 😂 hahahahahaha. riang-ria excited dak-dak ni dalam kereta. tak sabar nak bbq dan berkelah kau walaupun cuaca time tu tak menentu doh. sekali hujan sekali panas.
sepanjang kau nak pergi Desaru tu, kau akan jumpa banyak sekolah dekat kawasan tu sepertinya Sekolah Bandar Penawar, Sekolah Sukan SSTMI dan banyak resort yang ada dekat situ seperti Lotus Desaru Beach Resort, Homestay Desaru dan banyak lagi leh.😄
dah nama pun Pantai Desaru, of course banyak resort dekat situ.😓




so, sampai jugak pantai Desaru setelah hampir sejam berada di dalam kereta
dengan perasaan excited yang berkobar-kobar oittt.
TARAAAAAAAAA.





for the first time in forever.
muka fefeeling nak tidow sangat kau dapat pergi Desaru.😂




acah-acah je ni 😕




muka beriye kau  😂




after kitaorang round kawasan for searching suitable place,
start lah kami berempat (aku,Ayu,Alia dan Ika) hidupkan bara api untuk bbq kitaorang while Si Ain tiup belon untuk hiasan sikit tempat tu lah kot ni sebelum mandi-mandi dengan gembiranya. 😂
Ya Allah, banyak hal pulak time nak hidupkan bara api sampai kami-kami ni fed up kan.
tapi akhirnyaaaaa.........




jadi jugak bbq hang ni dengan jayanya 😅




beriye nya korang ni 😝




so, after makan dan ambik gambar semua apa lagi.
MANDIIIIII LAHHHHHH.
patutlah gemuk. lepas makan pergi mandi pulak. 😂




share sikit selfie muka happy korang dapat mandi-mandi dekat pantai.
Si Ika yang paling excited mungkin 😂😂😂




selfie luhhhh😝😝😝




peace yo✌




mungkin kebosanan mula melanda 😅




actually dah penat dah berenang kuak kupu-kupu time ni.
kupu-kupu dah basah ni 😆




pantai ni  memang hak milik kerajaaan kau pun beb. 😁




so, setakat ni jelah aku mampu share pasal  berkelah dekat pantai Desaru.
sorry jika terdapat typo dan kesalahan tatabahasa yang sukar difahami okey.😄
Pantai Desaru memang cantik wey, mandi-mandi pun best dan sesuai lah untuk berkelah sesi keluarga dekat sini. kalau tak suka Pantai Desaru, aku suggest korang pergi lah Tanjung Balau yang tak jauh dari Pantai Desaru. Tak jauh pun, dekat sangat tapi kami lebih memilih Pantai Desaru 😅
Kalau aku boleh nak pergi lagi dan nak pergi sekali Tanjung Balau tu .😊
untuk honeymoon dan bercuti sesi keluarga pun boleh kerana banyak resort dan hotel yang ada dekat dan berhampiran dengan Pantai Desaru ni. 
so, korang kena cuba sendiri kerana Pantai Desaru antara pantai yang tercantik di Johor.
kalau tak percaya, boleh pergi dan tengok dengan mata kepala sendiri.😄
ribuan terima kasih kepada Alia Nadhirah, Fatin Nor Ayuni , Siti Nurul Ain  dan Syafiqa Syahira di atas trip yang menarik ini dan  mengambil gambar kita sepanjang berada di Pantai Desaru . 
seperti biasa, aktiviti mention member lah wey. hehehehehe.😁😂
sekian sahaja untuk update kali ini.
maaf jika ada terkasar bahasa.
terima kasih kerana membaca cerita kita yang kurang menarik ini.😔




send my love to your new lover. 
tersilappppppp tersasulllll lakkkk.
ehhhh ini semua lumrah kehidupan 😝
tak tun tuang. not lah tok tok mung. 
BIG LOVE FROM ME.😘







💙💚💛💜








No comments:

Post a Comment

Renovate My Room

BILA BILIK AKU DAH MACAM STOR PULAK Assalamualaikum Dan Salam Tahun Twenty-Twentyone Guysss Twenty Twentyone amat iye ko ni 😒 so dari harit...