Sunday, 24 December 2017

Pantai Terengganu


Assalamualaikum and hai guys.

rasanya berhabuk tebal dah blog ni sejak aku masuk sem 4.
masuk sem baru ni terus busy dengan fyp lab dan sebagainya.
maklumlah final year dah kan πŸ˜ͺ
so, sempena cuti perayaan seminggu yang perlu diambik manfaat sepenuhnya ini, 
aku ambik peluang untuk update blog aku yang sunyi sepi ini serupa tuannya jugak ni 😏
so, tiba masanya aku citer pasal hometown aku ye.
negeri sendiri kena citer jugak kan.
jangan jadi kacang lupakan kulit beb.
 so,hari ni aku nak citer pasal beberapa tempat di Terengganu yang 
boleh bersantai dan melepak bersama member-member dan family bila weekend 
selain lepak dekat shopping mall, wayang dan keturunannya itu.😬
tempat ni yang tak jauh dan tak dekat sangat dengan kawasan kampung aku.
senang citer,aku nak citer pasal pantai dekat Ganu sebenarnya.πŸ˜„




"LAGUN KUALA IBAI"


so, ini first pantai yang aku cakap tu.
so, Pantai Kuala Ibai or orang panggilnya sebagai Lagun Kuala Ibai 
adalah pantai first yang aku pergi time darjah 3 kot.
time aku pergi tahun lepas, dah banyak perubahan yang sangat ketara berbanding
9 tahun yang lepas.  nama pun bertahun-tahun kau tak pergi.
Memang nampak perubahannya. Awai bebal sangat?πŸ˜‚
so, dekat sini boleh bermandi-manda disebabkan adanya lagun, airnya cetek dan 
tak lah dalam sangat. boleh leh nak gi main dekat tepi pantai.
but bila air pasang, paras leher kuda yang tinggi kau.
jangan main-main redah je wey.
so, dekat sini pun banyak food stall yang membolehkan 
anda mencuba makanan yang dijual di situ. Macam-macam ada.
Kawasan pantai ni jugak berhampiran dengan sebuah masjid 
yang dipanggil Masjid Terapung atau namanya Masjid Tengku Tengah Zaharah 
dan Terengganu Equestrian Resort atau dipanggil TER.
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh google di internet k.
aku just share yang dasarnya sahaja k.😊




 aku snap gambar ni time petang.
time tu aku reunion dengan budak kelas form 5 tahun lepas.





 ni gambar lagun time awal pagi.
time ni memang tak ada orang lah.








ni kawasan sekitar lagun Kuala Ibai.












peace yo✌




ni pulak aku snap time dah nak senja.




ni pulak aku tak tahu nama pantai apa.
but, pantai ni cuma bersebelahan dengan Lagun Kuala Ibai.
mungkin sambungan dengan lagun tadi mungkin.
by the way, if kau nak pergi pantai ni, kau kena masuk kawasan
Terengganu Equestrian Resort pulak.
jumpa kawasan stable yang pagar kayu warna putih tu dan tembok yang tinggi tu,
maka naik tembok tu, jumpa kawasan pantai itu.
TARRRAAAAAA.
 biasanya kawasan ini adalah port dak-dak hipster ambik gambar 
dengan penuh citarasa hipster yang tingginya.





trademark kitaπŸ˜‚





merenung masa depan yang masih panjang πŸ˜‚





berdua lebih baik~~~ macam lagu pulak.
huhuhuhuuhuhu😚




"PANTAI BATU BUROK"


So, ini pulak pantai kedua.
ni Pantai Batu Burok or aku buat singkatan sendiri iaitu PBB.
pantai ni pulak berhampiran dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah 
dan Primula Beach Hotel. 
sebenarnya banyak lagi hotel dan resort berhampiran dengan kawasan pantai ni. 
aku ni pemalas nak sebut nama hotel dan resort sebab bukan aku nak cerita pasal tu pun.
so, dekat sini pun banyak food stall dan ada A&W yang memang dekat dengan pantai tu. 
so, pantai ni memang cantik lah sejak ditambah dengan buaian-buaian dan facilities yang lain lagi.
 boleh leh main buaian laju-laju sambil melihat ombak menari dan keindahan lautan yang luas.










actually buaiannya bukan satu je.
banyak lagi sepanjang tepi pantai Batu Burok ni.





bila dah penat main buaian.
kita perhati kerenah manusia dari atas pulak ye. πŸ˜„
















gaya bila orang duk perhati je kita yang beriya ambik gambar
tengah panaih terik.πŸ˜‚




"PANTAI CHENDERING"

ni pulak pantai ketiga.
ni Pantai Chendering dan banyak lagi nama orang dekat sini 
panggilnya sepertinya Pantai Pandak dan Pantai Tok Kita.
kadang-kadang ada yang panggil Pulau Chendering.
tapi aku panggil Pantai Tok kita. Senang.
so, kawasan pantai pulak terdapat kawasan hotel yang masih dalam proses pembinaan lagi 
 dan berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk yang berada di  situ. 
Jangan risau , dekat pantai ni ada je kedai makan.
kebanyakan yang datang dekat sini ,ramai yang datang berkelah dan bersantai 
bersama family dan kawan-kawan time weekend.





ni time weekend.
sememangnya ramai orang wey.





gaya excited nau dapat gi pantaiπŸ˜‚





actually Pantai Tok Kita pun ada buaian macam Pantai Batu Burok.
tapi tak banyak lah.





main air pantai pulak 😍




so,setakat ini sahaja update aku pasal tiga pantai ni okey.😌
sorry if ada typo ke tatabahasa salah yang korang tak faham ke
kalau nak tanya, tanya je dekat komen ye.😁
so, if korang ada niat nak datang sini ( ketiga-tiga pantai ni)
sila-sila lah. sememangnya kedatangan anda dialu-alukan. Comfirm.
for me, kalau tempat yang berkaitan dengan pantai dan alam semula jadi 
sememangnya menjadi tempat favourite aku lah sejak dari dulu lagi.
sebabnya aku ni suka nature dan tak ngam sangat dengan kawasan bandar.
ribuan terima kasih kepada pemandu pelancong yang tak bertauliah 
kerana sanggup membawa aku ke tempat-tempat favourite aku ni.
tanpa anda, maka kempunan membermu ini.πŸ˜‚
so,ini sahaja update kali ini.
sorry if terkasar bahasa.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.😘







πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

Wednesday, 22 November 2017

Ecoworld Eco Tropics


assalamualaikum and hai guys.
minggu depan dah nak masuk sem 4 😒 
cepat masa cuti berlalu. rasanya baru masuk sem 1 semalam.
rupanya dah setahun aku belajar di negeri orang. dah lupakan.
balik pada niat asal. actually nak buat little throwback time sem 2. 
but tiba-tiba emo pulak bila nak sem 4 niπŸ˜‚ 
actually penat otak lagi bila teringat belajar subjek killer time sem 3πŸ˜‚




so, throwback sikit time sem 2,
aku and roommates aku time duduk asrama hipster dan memenuhi citarasa yang tinggi
 yang dipanggil Hi10 itu ada pergi melawat satu tempat ni boleh yang dikatakan tempat yang memenuhi citarasa yang tinggi jugak dan tempat yang cantik untuk bergambar lah.
so, sangat-sangat okey lah untuk buat prewedding ke pre convo ke bagi budak-budak poli or uitm ke nak buat pre convo tu. tempat boleh tahan cantik dekat area Masai.
so, bolehlah datang untuk release tension ke ambik gambor ke apa-apa jelah.
so, aku pergi situ time final exam sem 2 kononnya stress exam. konon kononnyaπŸ˜‚ 




ini lah tempatnya, Eco World Gallery Eco Tropics area Masai.
abaikan muka aku yang entah apa-apa tuπŸ˜‚
excited je datang dekat sini but ada sikit benda yang tak best je buat mood kau kelaut.
so, kau boleh tengok tulisan ECOWORLD yang besar gedabak and Eiffel tower tu 
after kau masuk and turun tangga dekat kawasan tu. cenggitu lah. 
sebelum masuk sini, korang akan naik kereta yang akan dipandu oleh pekerja di situ 
sehingga pintu masuk kawasan ini. begitulah awalnya.😊




so, korang boleh tengok some replika dekat dalam Ecoworld 
seperti Eiffel tower dan Menara Pisa(kalau tak silap aku).
jangan risau, banyak lagi port ambik gambar yang lawa dekat sini.
aku tunjuk ni some of them je. sebenarnya banyak lagi.πŸ˜€ 




ni trademark aku bila ambik gambar.
lantaklah apa orang nak kata pun 😢




one picture with my roommates since sem 1 and sem2.
sem 3 three of us dah duduk rumah sewa.
member-member yang sangat sporting and elimited edition.
fuhhh.......😝 




tempat ni antara salah satu port yang cantik untuk ambik gambar.
sebenarnya banyak lagi port cantik.
cuma korang kena rajin berjalan untuk explore and cari dekat mana 
kawasan yang cantik. yang penting, korang sebenarnya rajin.




hanya mampu ambik gambar dari jauh sebab time ni dah penat dah nak berjalan.
sebab kawasan tu agak jauh wey.




member-member elimited edition.
ada saja kerenah dan telatah dorang yang mencuit hati dan tak boleh dilupakan 😚




Ooopss sorrryyyy! kami pijak rumput 😱😰
actually dekat sini tak boleh pijak rumput okey.
but this picture before kami berempat kena marah dengan guard dekat situ 
sebab pijak rumput. never mind about it. 😞




so, trademark aku sepanjang berada disini.




setakat itu sahaja aku share pasal Ecoworld Gallery Ecotropics Masai.
sorry jika ada tertypo and kesilapan tatabahasa yang sukar difahami.
so, dalam blog kali ni, aku just share 1/4 je daripada kawasan Ecoworld ni.
sebenarnya banyak je kawasan yang cantik dekat sini bersesuaian dengan 
kawasan Ecoworld yang agak besar ni.
so, korang jangan risau kalau pergi tempat ni sebab dekat mana je korang berjalan,
boleh dikatakan semua port-port dekat sini cantik.
boleh menenangkan fikiran dan mata anda yang asyik menghadap phone itu.
so, korang boleh datang sendiri di Ecoworld ini.
ribuan terima kasih kepada Atiqah Hamizah, Nur Naziefah dan Nadiah Zuber
di atas lawatan release tension ini kononnya dan tolong ambikkan gambar sepanjang berada di sini.
so, itu sahaja update kali ini.
berjumpa di lain hari dan lain waktu ye.
maaf jika ada terkasar bahasa. 
terima kasih kepada yang sudi membaca.πŸ˜ƒ







πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ











Wednesday, 15 November 2017

Desaru


DESARU BEACH β™₯


hai guys.
sebelum aku gi Muar, aku ada pergi satu lagi tempat yang boleh lah wak ilek-ilek otak sebelum masuk time final. actually tak decided pun nak pergi tapi bila orang dah ajak ,aku on jelah disebabkan aku dah lama nak pergi tempat tersebut. 😁 orang mengantuk disorong bantal betul lah. hehehehehehe.πŸ˜‚
so, aku follow lah trip budak perempuan kelas aku yang semangat merancang bagi nak rak dan akhirnya menjadi jugak rancangan mereka itu untuk pergi ke Pantai Desaru untuk bermandi-manda dan bbq.
ON X ON




so, pagi tu kitaorang (lima orang je tak ramai pun okey πŸ˜‚) gerak lah dengan menaiki kereta viva yang disewa setelah settle semua hal-hal yang berkaitan.
 Ayu yang drive dan lalu lah lebuhraya Senai-Desaru melepasi dua plaza tol ( kalau tak silap aku lah) melayang duit hang dekat tol je πŸ˜‚ demi menjejakkan kaki di pantai Desaru yang tercinta πŸ˜‚ hahahahahaha. riang-ria excited dak-dak ni dalam kereta. tak sabar nak bbq dan berkelah kau walaupun cuaca time tu tak menentu doh. sekali hujan sekali panas.
sepanjang kau nak pergi Desaru tu, kau akan jumpa banyak sekolah dekat kawasan tu sepertinya Sekolah Bandar Penawar, Sekolah Sukan SSTMI dan banyak resort yang ada dekat situ seperti Lotus Desaru Beach Resort, Homestay Desaru dan banyak lagi leh.πŸ˜„
dah nama pun Pantai Desaru, of course banyak resort dekat situ.πŸ˜“




so, sampai jugak pantai Desaru setelah hampir sejam berada di dalam kereta
dengan perasaan excited yang berkobar-kobar oittt.
TARAAAAAAAAA.





for the first time in forever.
muka fefeeling nak tidow sangat kau dapat pergi Desaru.πŸ˜‚




acah-acah je ni πŸ˜•




muka beriye kau  πŸ˜‚




after kitaorang round kawasan for searching suitable place,
start lah kami berempat (aku,Ayu,Alia dan Ika) hidupkan bara api untuk bbq kitaorang while Si Ain tiup belon untuk hiasan sikit tempat tu lah kot ni sebelum mandi-mandi dengan gembiranya. πŸ˜‚
Ya Allah, banyak hal pulak time nak hidupkan bara api sampai kami-kami ni fed up kan.
tapi akhirnyaaaaa.........




jadi jugak bbq hang ni dengan jayanya πŸ˜…




beriye nya korang ni 😝




so, after makan dan ambik gambar semua apa lagi.
MANDIIIIII LAHHHHHH.
patutlah gemuk. lepas makan pergi mandi pulak. πŸ˜‚




share sikit selfie muka happy korang dapat mandi-mandi dekat pantai.
Si Ika yang paling excited mungkin πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




selfie luhhhh😝😝😝




peace yo✌




mungkin kebosanan mula melanda πŸ˜…




actually dah penat dah berenang kuak kupu-kupu time ni.
kupu-kupu dah basah ni πŸ˜†




pantai ni  memang hak milik kerajaaan kau pun beb. 😁




so, setakat ni jelah aku mampu share pasal  berkelah dekat pantai Desaru.
sorry jika terdapat typo dan kesalahan tatabahasa yang sukar difahami okey.πŸ˜„
Pantai Desaru memang cantik wey, mandi-mandi pun best dan sesuai lah untuk berkelah sesi keluarga dekat sini. kalau tak suka Pantai Desaru, aku suggest korang pergi lah Tanjung Balau yang tak jauh dari Pantai Desaru. Tak jauh pun, dekat sangat tapi kami lebih memilih Pantai Desaru πŸ˜…
Kalau aku boleh nak pergi lagi dan nak pergi sekali Tanjung Balau tu .😊
untuk honeymoon dan bercuti sesi keluarga pun boleh kerana banyak resort dan hotel yang ada dekat dan berhampiran dengan Pantai Desaru ni. 
so, korang kena cuba sendiri kerana Pantai Desaru antara pantai yang tercantik di Johor.
kalau tak percaya, boleh pergi dan tengok dengan mata kepala sendiri.πŸ˜„
ribuan terima kasih kepada Alia Nadhirah, Fatin Nor Ayuni , Siti Nurul Ain  dan Syafiqa Syahira di atas trip yang menarik ini dan  mengambil gambar kita sepanjang berada di Pantai Desaru . 
seperti biasa, aktiviti mention member lah wey. hehehehehe.πŸ˜πŸ˜‚
sekian sahaja untuk update kali ini.
maaf jika ada terkasar bahasa.
terima kasih kerana membaca cerita kita yang kurang menarik ini.πŸ˜”




send my love to your new lover. 
tersilappppppp tersasulllll lakkkk.
ehhhh ini semua lumrah kehidupan 😝
tak tun tuang. not lah tok tok mung. 
BIG LOVE FROM ME.😘







πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ








Monday, 13 November 2017

Muar First Trip


MUAR DI HATIKU


hai guys. so, muar lah tempat yang aku nak cerita tu πŸ˜‚
korang jangan nak expect yang bukan-bukan ye 😜
 ini je aku mampu pergi jauh setakat duduk setahun dekat Johor ni 😁 
korang jangan ketawakan aku okey. nak wat guane, ambe tak mampu nak gi jauh macam Melaka
( melaka dah pergi cuma kem sungai udang aritu lah), nogori dan yang lain. tunggu bajet besar masuk luh. tunggu kita kerja nanti lah senang, baru kita travel seluruh Malaysia ye. ni time belajar ni, duit nak makan pun tak cukup, ada hati nak travel. mende kau.πŸ˜’




malas nak membebel lagi πŸ˜‚
 jom kita start cerita pasal Muar. Orang sana calling MUO not MUAR ye. 
aku ni malas nak cerita pasal sejarah Muar ni dekat sini sebab aku bukan jenis minat sejarah pun. 
aku akan baca sejarah bila aku minat je πŸ˜‚ semenjak aku student mekanikal ni, aku memang pemalas nak membaca apa-apa kaitan pasal sejarah ni. yang aku tahu nak ingat formula-formula nak mengira dah lah. yang aku tahu perkataan "Muar" dipercayai berasal daripada perkataan "muara". dah cukup aku tahu setakat tu. kalau nak tahu pasal sejarah Muar, anda boleh mencari maklumat dengan lebih lanjut di internet. Allright!😁




for the first time in forever. 
aku gi pergi Muar sebab aku follow kawan aku , Si Iqa balik kampung halaman dia sempena cuti Awal Muharram. katanya rindu everything dekat rumah dia tuπŸ˜‚ yelah kot. So, kitaorang balik naik bas dekat Larkin nak ke Muar setelah naik grab dari PG (Pasir Gudang) ke Larkin.
so, adalah feeling balik Muar even 3 jam kot dengan menaiki bas Mayang Sari. hehehehehe. 
fefeeling balik kampung orang wey. hahahahha.
so, first place aku sampai dekat Muar ialah  TARAAAAAA.




sampai dekat Sungai Terap je πŸ˜‚ jangan excited sangat boleh?




so, lepas sampai dekat sini, kitaorang diambik oleh bapanya Si Iqa dan balik ke rumahnya. 
so, aku tumpang dan duduk rumah Si Iqa sepanjang berada di Muar. Terima kasih kepada Atiqah and her family kerana memberi layanan terbaik sepanjang aku berada di Muar even aku ni entah apa-apa wey. Mintak ampun jika saya ada terbuat silap dah salah😭 malu lah konon. Coiiiiiiiiii. Nak muntah pulak😝 padahal dekat rumah sewa, perangai macam haram je. 
sabar jelah πŸ˜”  
so, aku tulis santai-santai jelah sebab aku ni bukan budak sastera yang nak kena buat macam karangan Bahasa Melayu wey. sorry lah kalau tertypo ke apa. ayat tunggang terbalik ke. 
kalau faham, tu kiranya Alhamdulilah. kalau tak faham, faham-faham sendiri lah.




hari kedua.
aku pergi tempat tempat bernama TANJUNG KETAPANG untuk berjogging dan ambik angin segar di pagi yang indah sangat-sangat. tempat dia boleh tahan cantik  dan boleh dikatakan tempat favourite aku disebabkan banyak tumbuhan hijau yang boleh mengindahkan pandangan mata kau yang asyik melayan phone je. so, dekat Tanjung Ketapang tu, ada monkey park ,so boleh tengok monyet menari dan melepak di atas pokok ye. Time aku pergi ari tu, tak ada pun monkey tu. 




bila orang ramai berkampung dekat Tanjung Ketapang,
 maka anda terpaksa meletakkan kenderaan anda jauh dari tempat yang ditujui πŸ˜‚




abaikan tudung yang suka spoil gambar aku tu. so, pagi-pagi time kau jogging tu, kau boleh tengok 
ombak memukul tembok dengan ganasnya dan kau boleh tengok lautan yang luas. indah gitu. 
boleh duk-duk lek sambil melihat ombak menari-nari 😍 boleh jugak memancing jugak dekat sini. 
sorry beb tak ada gambar teluk ketapang yang lagi gempak wey. time ni tak fikir nak berblog lagi.😭




ni monkey park. tapi tak ada monkey pun πŸ˜‚
tapi kau pergi ambik gambar dekat sini pulak. πŸ™ˆπŸ™ŠπŸ™‰




still dekat monkey park lagi. 
dekat sini kau boleh tengok monkey dan hutan lah kot bagi aku lah 
dengan berjalan di laluan yang disediakan di monkey park. 




so, ni pulak kawasan jogging Tanjung Ketapang. 
dekat sini kau boleh join zumba or aktiviti yang ada dekat sini selain kau jogging je.
jangan risau, dekat sini ada wifi. Johor Wifi untuk semua. 




so, lepas pi Tanjung Ketapang, aku gi Tanjung Emas pulak.
so, inilah tempat tidak kurang menariknya. tapi lagi menarik lah bagi aku. 
malas nak cerita panjang lebar wey. 




sempatlah ambik gambar dekat sini wey.
 boleh tahan cantik jugak tempat ni dengan environment yang boleh tahan bersih dan cantik jugak.
banyak tempat yang boleh korang lepak sambil-sambil tu boleh tengok laut dan infrastruktur 
yang terdapat dekat Bandar Maharani ni. 




kereta api menuju ke hati awak πŸ˜‚




peace yo ✌




sebenarnya Tanjung Emas lagi meriah pada waktu malamnya.
macam-macam aktiviti kalau waktu malamnya contoh korang boleh main bubble, 
main kereta kawal bagi budak-budak kecik , boleh sewa basikal yang sampai empat orang boleh naik tu dan boleh round sekitar Tanjung Emas. boleh sewa dan  main roller blade.Macam-macam ada. 




Tanjung Emas pada waktu malamnya.




satu gambar dengan Iqa.
ramai nau yang menyibuk πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
tu yang aku cakap, malam dekat Tanjung Emas sangat meriah.




so, dekat Muar ni boleh dikatakan syurga makanan.
sebab apa. korang boleh cuba makanan yang sedap-sedap antaranya soto, laksa Johor, mee bandung,sate, dan banyak lagi wey. boleh datang dan cuba sendiri.
"ni kes pemalas nak reka ayat lagi sebab dah petang ni"πŸ˜‚




sate dekat Satay Warisan. Makanan dekat sini sedap. 
aku ada makan soto dekat sini. tapi lupa nak ambik gambar sebab kebuluran sangat time tu. πŸ˜‚
mampu mengambil gambar sate sahaja. sorry lah wey.




okey setakat itu sahaja aku mampu cerita pasal aku gi jalan-jalan dekat Muar. 
aku ni kalau menulis time petang macam haram sikit sebab malas nak fikir πŸ˜‚
sebenarnya banyak tempat lagi yang aku pergi dekat Muar, disebabkan aku dah malas nak taip dan malas nak menaip lagi. so, setakat ni je aku share pasal trip aku ni. 
sorry jika terdapat typo dan kesalahan tatabahasa yang sukar difahami disebabkan kesilapan 
teknikal yang tak dapat dielakkan😌 
so, bagi aku lah, 
Muar ni antara tempat yang best untuk dilawati dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Johor.
kalau boleh aku nak pergi lagi sebab Muar antara tempat boleh dikatakan tenang gitu.
 so, korang kena cuba sendiri sebab Muar ni antara tempat best untuk food hunter sebab apa? 
Muar ni syurga makanan dan banyak tempat best yang boleh jalan-jalan. 
ribuan terima kasih kepada housemate kita, Atiqah Hamizah  kerana sanggup membawa kita ke merata-rata tempat di Muar, tolong  ambik gambar kita, belanja makan dan 
tolong masakkan masakan yang best. mention sikit member kita ni. hehehehehe.
sekian sahaja untuk update kali ini.πŸ˜‚
terima kasih kerana sudi membaca cerita kita yang tak menarik pun.πŸ˜‚







πŸ’™πŸ’›πŸ’œπŸ’š



















Renovate My Room

BILA BILIK AKU DAH MACAM STOR PULAK Assalamualaikum Dan Salam Tahun Twenty-Twentyone Guysss Twenty Twentyone amat iye ko ni πŸ˜’ so dari harit...