Wednesday, 6 February 2019

Punggai


 "KU SANGKA PENGGAL RUPANYA PUNGGAI"



tak lain tak bukan pantai ini sama sahaja seperti pantai-pantai di Malaysia yang lain šŸ˜‚
cuma nama dia yang nampak unik sikit




Assalamualaikum guysss!!!
bertemu kembali kita di sini 😊
di lain waktu dan di lain hari dan di lain tempat
sebenarnya aku tak ada idea nak mulakan salam dekat sini macam mana 😫
so, aku mulakan salam dengan gaya aku yang tersendiri šŸ˜™
HAHAHAHAHAHAHAHA šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚
TAK LAWAK PUN SEBENARNYE KAN KAN KAN
orang cakap orang ganu paling suka bulan lapan
sebab nye "BULANGGG LAPANGGGGGG"
"LAPANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG"
korang faham tak maksud lawak ni ? šŸ˜†
kalau tak faham, buat-buat faham je ataupun tak yah faham pun guys
so, tak ada nya semua orang ganu suka bulan lapan wey lagi-lagi aku
perghhh aku paling tak suka dengan bulan 8/2018
banyak mende sangat kene buat dalam bulan lapan ni
BULAN LAPAN TAK LAPANGGGG PUN SEBENARNYE




BULAN OGOS 2018
bulan di mana aku akan balik kampung halaman aku
balik kampung actually tak ada dalam perancangan aku pun sebenarnya
sebab cuti bulan lapan ni tak panjang seperti cuti-cuti sebelumnya
so, after pujuk rayu dan budi bicara lecturer semester 5 ni
maka dapat kami bercuti selama seminggu dan pulang ke kampung halaman masing-masing
okey boleh lah nak kata aku ni happy kejap tu kan
sehebat-hebat manusia merancang, hebat lagi perancangan Allah SWT
yessssss that's trueeeeeeeeee sangattt sangattttt
minggu before balik banyak giler bende yang dirancang tak menjadi
aku rancang nak balik kampung selepas hari presentation untuk 50% FYP
minggu before mingggu raya haji aku ada presentation untuk FYP
after dah comfirm hari presentation, aku dah start beli tiket semua sebab
nak settlekan masalah tiket pergi dan balik semua sebab takut tiket habis
yelah ramai kot orang pantai timur dekat Johor nak balik kampung sebab
nak celebrate raya haji apatah lagi time tu minggu cuti sekolah lagi
apa yang jadi tiba-tiba weekend tu jugak nak ada kem pulak
weyy aku dah beli tiket, asal tak nak rancang awal-awal wey ?
bapak time tu aku bengang giler wey
sebab minggu tu nak gi kem minggu tu jugak baru bagitahu
sebabkan ada something yang mempengaruhi aku untuk join kem tu
maka aku tukar tiket tu walaupun aku tak nak join pun sebenarnya
so, lain kali jangan suka-suka nak rancang mende penting last  minit er
setakat itu sahaja aku nak menceritakan perasaan marah kecewa aku dekat sini
malas nak panjangkan isu yang tak penting langsung dalam hidup mati aku sebenarnya




NEXT CHAPTER
sebenarnya aku tak nak cerita pun pasal perasaan kecewa marah aku dekat sini
maka mari kita meneruskan agenda utama kita apabila berada di blog ini
sebenarnya aku nak cerita pasal tempat untuk kem CMT yang aku pergi aritu
setelah tamatnye semester lima dan dah start LI pulak baru nak cerita balik pasal tempat ni
so fefeeling bulan lapang dan gi kem cmt dah berkobar-kobar hilang nampaknye 😢
fefeeling cepat cepat nak habis LI adalah sekarang sebab tak tahan penat dan bosan šŸ˜‚
okey okey okey aku dah start membebel pasal practikal pulak dekat sini
maka kita straight to the point jelah wey guys
kalau aku dah start bebel pasal LI payah nak stop doh šŸ˜‚




alkisah bermula apabila ...
relasis tiba-tiba nak buat kem CMT yang sepatutnye buat masa sem lepas-lepas
tapi tak jadi sebab ada reason-reason yang tak dapat nak elak konon
lepas tu terjadi kem tersebut pada minggu aku nak balik kampung bhai
orang sibuk nak balik kampung dia pulak sibuk nak buat kem cmt pulak
alahaii maka ramai gak yg bengang sebab tak dapat nak balik time tu lagi-lagi aku lah
maka dengan terpaksa dan relanye aku pun join lah wey sebab tak nak fail koko
dah nama pun relasis kan kita kena merelakan perkara tersebut terjadi even tak redho
okey dia buat kem cmt tu dekat satu tempat
tempat tu okey lah wey sebab tempat tu dekat tepi pantai wey
ehh macam tahu tahu je yang aku suka pantai guyss
LOMPATTT GEMBIRAAA šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚
kem ni tujuan nye nak meraihkan kitaorang lah kononnye
aku tak sure lah raihkan sebab ape weyy
maghi kita layankan je mereka-mereka ni semua wey
janji koko tak fail dan tak repeat koko lagi weyy
senak nak mampuihh kalau koko kene repeat wey
so, tempat kem tersebut diberi nama Bayu Punggai Beach Resort
dan pantai dekat situ namanye Pantai Punggai
firstly aku pun berkerut jugak bila dengar nama pantai tu
amende lah er nama pelik semacam bhai
mula mula aku ingatkan penggal macam nak penggal kepala orang tu
terkejut jugak member dibuatnye
rupan rupanya punggai lah lahaii member ni šŸ˜‚
maka jadilah highlight blog ini sebagai
ku sangkakan penggal rupanya punggai





budak ni excited ambik gambar pantai 😃
bukan selalu dapat berkem di tepi pantai wey 😁





ambik mood lu sebelum start kem cmt šŸ˜
kau ni acah macam tak pernah gi pantai pulak 😐




nak dijadikan cerita pasal pantai punggai ni
pantai tak adalah cantik sangat macam pantai desaru
tapi not bad lah kalau nak mandi manda dan buat kem dekat situ
paling aku suka lah view dekat situ bila
nampak satu kapal besar yang dah kena kunci dekat tengah tengah laut
pastu ada view view batu besar dekat situ macam pantai batu layar
sebenarnye pantai batu layar desaru balau dekat area area situ jugak
 cuma bezanya lain lain laluan je nak sampai ke pantai nya
maka berkhemahlah kami dekat tapak perkhemahan dekat Bayu Punggai Beach Resort
tak lama pun cuma dua hari satu malam je wey
balik khemah penat-penat habis siakkk






sepohon kayu daunnya rimbun .... okey sambung





time ni bila air pasang pagi 😃
bila air pasang, comfirm pantai tak nampak langsung wey 😩




waktu petang be like 🌊





ini tempat makan dan tempat berkumpul sepanjang kem cmt ni
aku tak sempat nak ambik banyak gambar lah wey dekat sini
sebab masa aktiviti mana boleh bawak phone 😭




sepanjang 2 hari kem dekat punggai ni berlalu dengan pantas
kami adalah buat aktiviti aktiviti yang tak adalah heavy sangat 😤
tapi nice lah daripada bosan namatey tak buat apa apa kan
biasa lah sukaneka macam jaman-jaman sekolah rendah gitu  šŸ™Œ
tapi nak jadikan sukaneka tu seronok bila .....
ko dapat member group semua chill lek je otak masuk air pun ada šŸ˜‚
kitaorang follow the flow je kem tu sebab malas nak port lah sgt wey 😁
group ni actually dah buat belum sampai kem lagi
awal-awal lagi dah pesan tak yah serious sgt rilek rilek je main nanti šŸ˜„
then main je tak yah lah nak kejor kemenangan sangat katanya lagi 😁
then masa dekat kem tu kami ni main ler suka suka hati kami
kami ni tak mau lah main sampai stress stress sebab tak menang kan šŸ˜“
tapi siapa yang sangka kan kan kan šŸ˜‡
main bodoh bodoh je sebab malas nak semangat macam group lain
Alhamdulillah group kami dapat tempat dalam semua aktiviti kem tu 😻
dari main baling baling belon , kutip gula gula dalam tepung hingga lah tarik tali wey 😜
yang tak sangka tu dapat nombor satu dalam tarik tali wey
padahal kami kami tak ada lah besar besar dan gagah gagah semua
yang aku paling tak suka main bila kena kutip gula-gula dalam tepung
bila tepung dah kurang boleh pulak dia tambah lagi macam nak buat cekodok
kau rasa ??? memang tepung gomok lah jadinya dekat muka kau tu
game yang tak best ni kami dapat nombor dua lah
paling tak leh blah main baling baling tepung tu pulak aishhh
then masa main baling baling belon tu pulak
belon actually dekat dalam dia isi dengan air
siapa yang tak sempat sambut belon tu then belon tu pecah
kalau belon tu banyak yang pecah group dia akan kalah
mende yang paling aku tak leh lupa main natang ni bila ...
aku sambut belon tu macam main bola jaring doh akhirnya
padahal banyak je belon jatuh ke tanah yang tak sempat sambut wey
yang ada luck lagi belon tu tak pecah boleh diselamatkan lagi
paling yang tak luck memang jatuh pecah lah
game ni pulak kami dapat nombor tiga
 group aku tak adalah hebat sangat macam group lain wey
lagi lawak bila turn semua group kena buat bendera group masing-masing
group lain semua hebat hebat siut lukis bendera dorang wey
turn kitaorang urm urm urmm macam tu lah macam biasa
tapi bendera kitaorang not bad lah sangat
cuma biasa biasa je dan tak ada hebat sangat macam group lain punya bendera
nama pun kem ni tak nak serious serious sangat dan nak rilek rilek je
okey lah itu sahaja jatuh bangun cerita group aku time kem ni
after that seterusnya adalah .........





member member group 
sporting dan chill chill lek lek sepanjang kem ini šŸ˜‡





alkisah bermula ini sepatutnya ada aktiviti night walk time malam after bbq
tapi disebabkan bbq lah sangat itu settle lambat sangat
maka terpaksa ativiti ditunda kepada keesokan harinya
maka aktiviti tersebut menjadi night walk kepada day walk
so berday walkkkk lah kami pada keesokkan harinye šŸ˜…
bermula aktiviti day walk selepas solat subuh semua
time day walk tu konon nak buat lah macam suasana night walk lah
buat lah konon kononnya macam tutup mata dengan kain
pastu pegang lah tali rafia yang dia bagi tu wey
pastu jalan lah ikut orang depan sambil pegang tali dan mata tertutup tu
padahal kan semua itu lakonan semata-mata wey šŸ˜’
sebenarnya mata tu nampak je sebenarnya even dah kena tutup dengan kain
pastu boleh acah acah berlakon kena langkah longkang lah
ada pokok menjalar lah langgar itu lah ini lah macam macam
then part paling best kene heret masuk laut semua wey
last but not least mende yang paling sekali bila semua dah settle
ramai ramai boleh mandi pantai sampai puas hati sebelum aktiviti lain start
cerita aku dah start macam tongkang terbalik beb 😁
sepatutnya day walk ni sebelum aktiviti sukaneka berlangsung wey
tapi dekat sini ceritanya jadi sukaneka dulu baru pasal day walk
layankan jelah wey asalkan faham dah hahahaha šŸ˜„





sunrise at the beach always bae šŸŒ…




begitu lah cerita gempak tak gempak pasal kem cmt tu 😊
cerita je panjang tapi tak ada apa pun sebenarnye
cuma saja nak cerita pasal kem cmt ni ha
setakat ini sahaja update kali ini šŸ˜„
TERIMA KASIH
kepada yang terlibat di dalam menjalankan kem cmt yang cukup best ini
best lah juge sebab kem dekat tepi pantai šŸ˜…
segala kekurangan dan kesalahan teknikal samaada kecik atau besar
MOHON MAAF
jika ada ada kesalahan dan kesilapan secara langsung atau tidak langsung
itu sahaja daripada saya sebelum tutup buku lama
SEKIAN TERIMA KASIH šŸ˜„






šŸ’™šŸ’ššŸ’›šŸ’œ
















Renovate My Room

BILA BILIK AKU DAH MACAM STOR PULAK Assalamualaikum Dan Salam Tahun Twenty-Twentyone Guysss Twenty Twentyone amat iye ko ni šŸ˜’ so dari harit...