Sunday, 24 December 2017

Pantai Terengganu


Assalamualaikum and hai guys.

rasanya berhabuk tebal dah blog ni sejak aku masuk sem 4.
masuk sem baru ni terus busy dengan fyp lab dan sebagainya.
maklumlah final year dah kan πŸ˜ͺ
so, sempena cuti perayaan seminggu yang perlu diambik manfaat sepenuhnya ini, 
aku ambik peluang untuk update blog aku yang sunyi sepi ini serupa tuannya jugak ni 😏
so, tiba masanya aku citer pasal hometown aku ye.
negeri sendiri kena citer jugak kan.
jangan jadi kacang lupakan kulit beb.
 so,hari ni aku nak citer pasal beberapa tempat di Terengganu yang 
boleh bersantai dan melepak bersama member-member dan family bila weekend 
selain lepak dekat shopping mall, wayang dan keturunannya itu.😬
tempat ni yang tak jauh dan tak dekat sangat dengan kawasan kampung aku.
senang citer,aku nak citer pasal pantai dekat Ganu sebenarnya.πŸ˜„




"LAGUN KUALA IBAI"


so, ini first pantai yang aku cakap tu.
so, Pantai Kuala Ibai or orang panggilnya sebagai Lagun Kuala Ibai 
adalah pantai first yang aku pergi time darjah 3 kot.
time aku pergi tahun lepas, dah banyak perubahan yang sangat ketara berbanding
9 tahun yang lepas.  nama pun bertahun-tahun kau tak pergi.
Memang nampak perubahannya. Awai bebal sangat?πŸ˜‚
so, dekat sini boleh bermandi-manda disebabkan adanya lagun, airnya cetek dan 
tak lah dalam sangat. boleh leh nak gi main dekat tepi pantai.
but bila air pasang, paras leher kuda yang tinggi kau.
jangan main-main redah je wey.
so, dekat sini pun banyak food stall yang membolehkan 
anda mencuba makanan yang dijual di situ. Macam-macam ada.
Kawasan pantai ni jugak berhampiran dengan sebuah masjid 
yang dipanggil Masjid Terapung atau namanya Masjid Tengku Tengah Zaharah 
dan Terengganu Equestrian Resort atau dipanggil TER.
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh google di internet k.
aku just share yang dasarnya sahaja k.😊




 aku snap gambar ni time petang.
time tu aku reunion dengan budak kelas form 5 tahun lepas.





 ni gambar lagun time awal pagi.
time ni memang tak ada orang lah.








ni kawasan sekitar lagun Kuala Ibai.












peace yo✌




ni pulak aku snap time dah nak senja.




ni pulak aku tak tahu nama pantai apa.
but, pantai ni cuma bersebelahan dengan Lagun Kuala Ibai.
mungkin sambungan dengan lagun tadi mungkin.
by the way, if kau nak pergi pantai ni, kau kena masuk kawasan
Terengganu Equestrian Resort pulak.
jumpa kawasan stable yang pagar kayu warna putih tu dan tembok yang tinggi tu,
maka naik tembok tu, jumpa kawasan pantai itu.
TARRRAAAAAA.
 biasanya kawasan ini adalah port dak-dak hipster ambik gambar 
dengan penuh citarasa hipster yang tingginya.





trademark kitaπŸ˜‚





merenung masa depan yang masih panjang πŸ˜‚





berdua lebih baik~~~ macam lagu pulak.
huhuhuhuuhuhu😚




"PANTAI BATU BUROK"


So, ini pulak pantai kedua.
ni Pantai Batu Burok or aku buat singkatan sendiri iaitu PBB.
pantai ni pulak berhampiran dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah 
dan Primula Beach Hotel. 
sebenarnya banyak lagi hotel dan resort berhampiran dengan kawasan pantai ni. 
aku ni pemalas nak sebut nama hotel dan resort sebab bukan aku nak cerita pasal tu pun.
so, dekat sini pun banyak food stall dan ada A&W yang memang dekat dengan pantai tu. 
so, pantai ni memang cantik lah sejak ditambah dengan buaian-buaian dan facilities yang lain lagi.
 boleh leh main buaian laju-laju sambil melihat ombak menari dan keindahan lautan yang luas.










actually buaiannya bukan satu je.
banyak lagi sepanjang tepi pantai Batu Burok ni.





bila dah penat main buaian.
kita perhati kerenah manusia dari atas pulak ye. πŸ˜„
















gaya bila orang duk perhati je kita yang beriya ambik gambar
tengah panaih terik.πŸ˜‚




"PANTAI CHENDERING"

ni pulak pantai ketiga.
ni Pantai Chendering dan banyak lagi nama orang dekat sini 
panggilnya sepertinya Pantai Pandak dan Pantai Tok Kita.
kadang-kadang ada yang panggil Pulau Chendering.
tapi aku panggil Pantai Tok kita. Senang.
so, kawasan pantai pulak terdapat kawasan hotel yang masih dalam proses pembinaan lagi 
 dan berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk yang berada di  situ. 
Jangan risau , dekat pantai ni ada je kedai makan.
kebanyakan yang datang dekat sini ,ramai yang datang berkelah dan bersantai 
bersama family dan kawan-kawan time weekend.





ni time weekend.
sememangnya ramai orang wey.





gaya excited nau dapat gi pantaiπŸ˜‚





actually Pantai Tok Kita pun ada buaian macam Pantai Batu Burok.
tapi tak banyak lah.





main air pantai pulak 😍




so,setakat ini sahaja update aku pasal tiga pantai ni okey.😌
sorry if ada typo ke tatabahasa salah yang korang tak faham ke
kalau nak tanya, tanya je dekat komen ye.😁
so, if korang ada niat nak datang sini ( ketiga-tiga pantai ni)
sila-sila lah. sememangnya kedatangan anda dialu-alukan. Comfirm.
for me, kalau tempat yang berkaitan dengan pantai dan alam semula jadi 
sememangnya menjadi tempat favourite aku lah sejak dari dulu lagi.
sebabnya aku ni suka nature dan tak ngam sangat dengan kawasan bandar.
ribuan terima kasih kepada pemandu pelancong yang tak bertauliah 
kerana sanggup membawa aku ke tempat-tempat favourite aku ni.
tanpa anda, maka kempunan membermu ini.πŸ˜‚
so,ini sahaja update kali ini.
sorry if terkasar bahasa.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.😘







πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

Renovate My Room

BILA BILIK AKU DAH MACAM STOR PULAK Assalamualaikum Dan Salam Tahun Twenty-Twentyone Guysss Twenty Twentyone amat iye ko ni πŸ˜’ so dari harit...